Monday 10 October 2011

Hukum Solat Hari Raya

Hukum Solat Hari Raya Berkata Ibn Taimiyah rahimahullah: Solat Hari Raya hukumnya fardu ‘ain bagi setiap individu sebagaimana ucapan Abu Hanifah (Lihat: Hasyiyah Ibnu Abidin. 2/166) dan selain beliau. Ia juga pendapat Imam Syafie dan salah satu dari pendapat mazhab Ahmad. (Lihat: Majmu Fatawa. 23/161) Pendapat yang menyatakan fardu kifayah tidak berasas. (Lihat: Majmu Fatawa. 23/161) Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam tidak pernah meninggalkannya walaupun sekali. Baginda memerintahkan semua manusia mengerjakannya, sehingga para wanita yang merdeka, para gadis pingitan dan wanita haid dianjurkan ke musalla. (Lihat: Al-Mau’idah al-Hasanah 42-43. Siddiq Hasan Khan Sailul Jarar. 1/315. Syaukani) “Ummi Atiyah berkata: Rasulullah memerintahkan kami mengeluarkan para wanita merdeka, yang haid dan gadis-gadis pingitan pada Hari Raya Aidil Fitri dan Adha. (dilafaz lain) Keluar ke mussala (tanah lapang). Mereka menyaksikan kebaikan dan dakwah kaum muslimin. Aku berkata: Wahai Rasulullah, salah seorang dari kami tidak mempunyai jilbab? Baginda berkata: (suruh) agar saudaranya meminjamkan jilbabnya! (H/R Bukhari 324, 351, 971, 974, 980, 981 dan 1652. Muslim. 980. Ahmad. 5/84-85. An-Nasaii. 3/180. Ibnu Majah. 1307 dan at-Turmizi 539) Perintah di hadis ini menunjukkan perintah yang wajib, kerana diwajibkan ke musalla bermaksud diwajibkan bersolat Hari Raya. Maka dengan demikian solat Hari Raya hukumnya wajib ‘ain, atau yang lebih rajih hukumnya adalah wajib dan bukan sekadar sunnah. (Lihat: Tamamul Minnah. Hlm. 344. Nasruddin al-Albani)

Solat Hari Raya Menggantikan Solat Jumaat

Solat Hari Raya Menggantikan Solat Jumaat Dalil yang menunjukkan wajibnya ialah solat Hari Raya dapat menggugurkan kewajipan solat Jumaat apabila Hari Raya jatuh pada Jumaat. Nabi sallallahu ‘alihi wa-sallam bersabda: “Telah berkumpul pada hari kamu ini dua hari Raya. Sesiapa telah (Bersolat Hari Raya), dia telah menyempurnakan dari solat Jumaat dan sesungguhnya kita telah dikumpulkan”. (H/R Abu Daud 1073. Ibnu Majah 1311. Al-Hakim 1/228. Al-Baihaqi 3/318. Ibnul Abdil Barr (dalam At-Tauhid) 10/272. Al-Khatib (dalam Tarikh Bahgdad) 3/129. Ibnul Qaiyyim (dalam al-Wahiyat). 1/473. Al-Faryabi (dalam Ahkamul Iedain) 150. Ibnul Jarud (dalam Al-Muntaqa) 302. Hadis sahih banyak syahidnya (lihat: Sawathi’ al-Qamarain fi Takhrij Ahadis Ahkamail Iedain), Musaid bin Sulaiman bin Rasyid. Hlm. 211) Sesuatu yang tidak wajib tidak menggugurkan sesuatu yang wajib. Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam berterusan mengerjakan solat Hari Raya secara berjamaah sejak disyariatkan sehinggalah wafat. (Lihat: Nailul Autar 3/382-383) Baginda menggandingkan perintahnya kepada manusia dengan terus menerus ini agar mereka keluar ke tanah lapang (musalla) untuk solat Hari Raya. (Lihat: (1). Nailul Autar. 3/282-283. (2). Majmu fatawa. 24/212. dan 23/161. (3). Ar-Raudah an-Nadiyah 1/142. (4). Tamamul Minnah, hlm. 344) Seterusnya, pandangan akan wajibnya solat Aidil Fitri ini diperkuatkan lagi dengan hakikat bahawa solat Aidil Fitri ini dapat menggugurkan kewajipan solat Jumaat jika keduanya terjadi pada hari yang sama (Hari raya jatuh pada hari Jumaat). Hanya sesuatu yang wajib dapat mengugurkan kewajipan yang lain. – Inilah pendapat Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahullah di dalam Terjemah Tamamul Minnah Koreksi dan Komentar Ilmiah Terhadap Kitab Fiqhus Sunnah Karya Syaikh Sayyid Sabiq, (edisi terjemahan oleh Afifuddin Said, Maktabah Salafy Press, Gajah Mada 2002) jilid 2, ms. 103. Dalil yang menunjukkan kewajipan solat Jumaat gugur sekiranya ianya serentak dengan hari Aidil Fitri adalah: Dari Iyas bin Abi Ramlah al-Syami, dia berkata: “Aku pernah menyaksikan Mu’awiyah bin Abi Sufyan yang sedang bertanya kepada Zaid bin Arqam. Dia bertanya: “Apakah engkau menyaksikan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menghadiri dua Hari Raya (hari `Ied dan hari Jumaat) yang berkumpul dalam satu hari?” Dia menjawab: “Ya.” Mu’awiyah bertanya: “Lalu apa yang baginda kerjakan?” Dia menjawab: “Baginda mengerjakan solat Aidil Fitri, kemudian baginda memberikan keringanan dalam hal (mengerjakan) solat Jumaat dan bersabda: “Barangsiapa yang ingin solat (Jumaat) maka hendaklah dia solat.” (Hadis riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunan Abu Daud, Kitab al-Sholah, hadis no: 904) Syaikh al-Islam Ibnu Taymiyyah rahimahullah di dalam Majmu’ Fatawa (jilid 23, ms. 161) berkata:… oleh kerana itu, kami mentarjih (menguatkan) bahawa solat Aidil Fitri itu wajib bagi setiap individu muslim, sebagaimana pendapat Abu Hanifah dan lain-lainnya. Dan ini merupakan salah satu pendapat al-Syafi’i, dan ia merupakan salah satu dari dua pendapat di dalam mazhab Ahmad.

Cara Menyempurnakan Solat Sunat Taubat

Sumber rujukan: Solat Taubat (Panduan Penjernihan Jiwa) Muhammad Isa Selamat ALLAH swt sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8.) Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya: “Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53) Syarat-syarat taubat : Ikhlas ingin bertaubat Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya Dikerjakan sebelum ajal tiba Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidaklah sah. Jika dosa berkaitan dengan manusia yang lain, maka syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat membebaskan diri dari hak orang yang berkaitan. Contohnya jika hal itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika berbentuk hukuman, ia harus menyerahkan diri mohon dimaafkan. Jika hal berupa cacian dan sebagainya, maka ia harus memohon keredhaannya. Waktu melaksanakan taubat : Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi sedikit, maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok, dan akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran. Di antara penyebab yang akan membangkitkan jiwa bertaubat seseorang itu adalah jiwa yang selalu mengingati hari kematian dan hidup bersendirian di dalam kubur. Kata-kata mati adalah sesuatu yang sangat menakutkan kebanyakan manusia. Mati beerti berpisah dengan segala yang disayangi atau dicintai. Hari terputusnya segala nikmat. Sedangkan berpisah sebentar sahaja dengan anak atau isteri, dapat mengalirkan air mata kesedihan, apa lagi berpisah untuk selamanya Firman Allah: “Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula.” (Az-Zumar: 30) Di samping mengingat tentang azab penderitaan yang bakal dihadapi oleh orang-orang yang berdosa mengingat kenikmatan syurga yang bakal ditempati oleh orang-orang yang soleh juga akan dapat membangkitkan keinginan jiwa untuk melakukan taubat dengan segera. Cara melaksanakan solat taubat : Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa, iaitu setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci, menghadap kiblat; Waktu di lakukan – bila-bila masa merasa telah berbuat dosa (kecuali waktu makruh tahrim utk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas), semasa Qiyamullail Lafaz niat: “Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.” (Cukup di dalam hati, ada perbahasan ulama’ tentang lafaz niat dlm ibadah – sila rujuk kpd pakar feqah) Rakaat pertama membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran. Rakaat kedua membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran. Semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala), Ertinya: “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.” Selepas salam, perbanyakkan istighfar seperti, Ertinya: Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah. dan berdoa dengan Penghulu Istighfar, Ertinya: “Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.” Kemudian boleh juga berdoa mengikut luahan hati dan munajat masing-masing ke hadhrat Allah. ———————————————————– *Makruh tahrim – Petikan dari “170 Solat-Solat Sunat”, Abd Rahman Mukhlis, Terbitan Jasmin Enterprise, ms 8-9 ; Fuqaha Syafi’iyah berpendapat bahawa makruh tahrim hukumnya melaksanakan sembahyang sunat tanpa sebab, dan sembahyang itu dipandang tidak sah jika dilakukan dalam lima waktu berikut: Selepas sembahyang Subuh yang dilaksanakan secara tunai (bukan sembahyang qadha’), hingga matahari menyingsing sepenggalah. Ketika matahari terbit hingga menyingsing seperti galah. Selepas melakukan sembahyang Asar yang dilaksanakan secara tunai sekalipun ia dijamak dengan Zuhur pada waktu Zuhur (jamak taqdim). Ketika matahari berwarna kuning, hingga terbenam seluruhnya. Ketika matahari benar-benar berada di atas kepala (di tengah-tengah langit) hingga gelincir ke Barat. Kecuali waktu Istiwa’ (matahari berada di tengah-tengah langit pada hari Jumaat. Bagaimanapun, jika sembahyang yang dilakukan itu ada sebab yang mendahuluinya seperti sembahyang Tahiyyatul Masjid, walaupun khatib sudah berada di atas mimbar, sembahyang Sunat Wuduk dan sembahyang Sunat Tawaf sebanyak dua rakaat. Begitu juga sembahyang yang mempunyai waktu terkait (muqayyad), seperti sembahyang Istisqa’ dan sembahyang Gerhana Matahari. Maka hukumnya adalah sah tanpa dimakruhkan, sebab ia terkait dengan turunnya hujan dan terhalangnya cahaya matahari. Adapun melaksanakan sembahyang sunat ketika bilal qamat adalah makruh tanzih, kecuali ketika qamat sembahyang Jumaat. Sembahyang sunat yang dilakukan ketika bilal sudah qamat pada sembahyang Jumaat adalah haram hukumnya. Share 7461

Amalan Hidup Sihat

Amalan hidup sihat adalah cara hidup yang boleh mengurangkan risiko penyakit jantung di masa hadapan. Ramai rakyat Malaysia mempunyai berat badan berlebihan, tidak aktif dan terlalu banyak menghisap rokok. Kebanyakkan daripada mereka mempunyai kandungan kolestrol yang tinggi dan bahan-bahan lemak lain di dalam darah mereka. Ramai juga yang menghidapi darah tinggi. Ribuan rakyat Malaysia mengamalkan cara hidup yang tidak sihat sejak kecil lagi. Ini membahayakan jantung sepanjang hayat mereka. Sesetengah kanak-kanak memulakan hidup mereka dengan memakan makanan berlebihan, menggemari makanan-makanan yang mengandungi kolestrol dan kaloro tinggi serta tidak melakukan senaman yang mencukupi (contohnya kerap menonton televisyen). Tabiat menghisap rokok selalunya bermula sejak belasan tahun. Lebih-lebih lagi jika ibubapa mereka juga menghisap rokok. Mengurangkan faktor-faktor risiko dengan mengamalkan hidup sihat dapat mengelakkan daripada berlakunya serangan jantung dan strok. Setidak-tidaknya ia memberikan kesihatan yang baik, kecerdasan fizikal dan manfaat kepada setiap ahlikeluarga. Kanak-kanak akan merasai faedah maksimum dengan mempelajari tabiat amalan hidup sihat di peringkat awal hidup mereka Berikut adalah lima cara hidup sihat yang boleh diamalkan dan dikekalkan:- JAUHI DARIPADA MEROKOK:- Penghisap rokok boleh mengalami berbagai penyakit. Kemungkinan maut daripada penyakit-penyakit tersebut lebih daripada orang yang tidak merokok dan mereka juga mengalami dua kali ganda risiko serangan jantung dan empat kali ganda kematian mengejut. Tidak sia-sia seseorang itu berhenti merokok. Risiko penyakit jantung akan terus berkurangan dan selepas beberapa tahun kadar kematian mereka akan menjadi rendah seperti orang yang tidak pernah merokok. Orang yang mula merokok semenjak muda merbahayakan diri mereka lebih daripada orang lain. Banyak faktor yang mempengaruhi remaja untuk merokok. Sama ada mereka terpengaruh atau tidak terpulanglah kepada teladan yang ditujukkan oleh ibu bapa. Menyedut asap rokok dari persekitaran (perokok pasif) telah dikaitkan dengan penambahan risiko penyakit-penyakit berkaitan dengan merokok. Bangunan-bangunan awam, hospital, restoran dan tempat perniagaan telah melaksanakan polisi larangan merokok. Langkah-langkah ini memberikan kesedaran kepada pelanggan dan kakitangan di tempat-tempat berkenaan mengenai bahaya merokok sama ada secara aktif atau pasif. Usaha-usaha yang berterusan seperti ini di peringkat kesihatan awam akan mengurangkan kadar kematian dan hilang upaya akibat merokok. MENGAWAL TEKANAN DARAH TINGGI : Darah tinggi yang tidak dikawal boleh meninggikan risiko penyakit jantung. Darah tinggi yang tidak dirawat akan menjadi masalah besar dan boleh menyebabkan kerosakan ateri jantung, buah pinggang dan organ-organ lain. Darah tinggi juga meningkatkan risiko serangan jantung, strok atau penyakit buah pinggang. Penyakit darah tinggi apabila ditambah pula dengan risiko-risiko lain seperti gemuk, merokok, kelestrol yang tinggi atau diabetes akan meningkatkan risiko penyakit jantung. Darah tinggi senang dikawal dan rawatannya termasuk mengawal makanan dan ubat-ubatan. Punca darah tinggi masih belum diketahui, inilah sebab utama anda perlu menjalani pemeriksaan doktor yang kerap. Bagi pesakit-pesakit darah tinggi, mereka boleh mengawal diri daripada ditimpa kesan-kesan mudarat. MENGURANGKAN LEMAK TEPU DAN KOLESTEROL DI DALAM MAKANAN : Kolesterol adalah bahan yang dikeluarkan oleh badan kita dan juga didapati di dalam makanan harian. Ia didapati dalam hasil daripada binatang dan paling tinggi di dalam kuning telur dan organ-organ. Aterosklerosis terjadi kerana mendapan kolesterol yang berlebihan di dinding dalam ateri-ateri yang menyebabkan salur darah menjadi sempit. Lemak tepu seperti dalam daging merah, mentega, keju, krim dan susu akan menyebabkan peningkatan aras kolesterol darah. Sebaliknya, makanan yang mempunyai lemak tidak tepu seperti minyak sayuran akan merendahkan aras kolesterol pada kebanyakan orang. Matlamat utama adalah untuk merendahkan kandungan lemak tepu dalam diet. Adalah sukar untuk mengelakkan daripada mengambil makanan tanpa lemak tepu kerana ia ada dalam kebanyakkan makanan seharian. Walau bagaimanapn kandungan lemak tepu dalam diet boleh dikurangkan dengan mengikuti panduan-panduan berikut :- Amalkan diet yang mengandungi ikan dan ayam yang dimasak setelah dibuang kulitnya. Jika memasak daging merah (lembu,babi, kambing), gunakan bahagian-bahagian tanpa lemak, buang lemak berlebihan dan hidang dalam kuantiti kecil Gunakan sedikit minyak sayuran dan majerin "polyunsaturater" seperti minyak jagung, kacang soya dan bunga matahari ketika memasak. Gunakan hasil susu tanpa lemak. Hadkan pengambilan kuning telur tidak lebih daripada 3 biji seminggu. Gunakan bahan-bahan lain (tanpa kolesterol) untuk menggantikannya. Gunakan kaedah memasak tanpa minyak seperti membakar, memanggang, merebus dan mengukus; elakkan menggoreng. Perubahan diet tidak boleh dilakukan dengan tiba-tiba. Adalah merbahaya kepada badan jika nutrien penting tidak diambil. "Diet yang melampau" boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lain. Walau bagaimanapun, perubahan diet yang beransur-ansur, senaman yang konsisten dan perhatian yang diberikan terhadap pengambilan kolesterol dan lemak tepu dapat memastikan aras kolesterol berada dalam julat normal. SELALU BERSENAM Ada bukti menunjukkan kekurangan senaman menambahkan risiko serangan jantung. Senaman menguatkan otot, menggalakkan aliran darah, membantu ,mengelakkan daripada gemuk dan melahirkan perasaan sejahtera. Kadar kematian mangsa serangan jantung adalah lebih tinggi jika mangsa kurang bersenam. Jangan memulakan senaman yang berat jika anda tidak pernah berbuat demikian. Ini mungkin dengan sendirinya menyebabkan serangan jantung. Mintalah nasihat doktor sebelum memulakan program senaman. Beliau mungkin menasihatkan anda supaya menjalani ujian senaman untuk menilai terlebih dahulu keupayaan fizikal anda. Apabila mengambil bahagian di dalam sebarang program senaman jangan tergesa-gesa untuk meningkatkan aktiviti fizikal anda. Amalan yang baik patut dicontohi, misalnya janganlah menaiki kereta jika anda patut berjalan kaki. Jika doktor anda tidak melarang, ambillah bahagian di dalam sebarang aktiviti sukan yang anda gemari. MENGAWAL BERAT BADAN ; KETAHUILAH KALORI MAKANAN ANDA. Orang dewasa mencapai tahap berat badan normal pada lingkungan umur dua puluh hingga dua puluh lima tahun. Pada setiap tahun selepas itu keperluan kalori untuk menjaga berat badan berkurangan. Tetapi mereka yang berumur tiga puluh hingga empat puluhan biasanya masih memakan sebanyak mana yang mereka makan semasa berumur dua puluhan. Tambahan pula dengan kekurangan aktiviti-aktiviti fizikal, kalori berlebihan itu akan menjadi lemak. Jangan hidup orang yang gemuk biasanya lebih pendek daripada orang berat badannya normal. Orang dewasa yang trlampau gemuk akan mengalami risiko serangan jantung 3 kali ganda lebih daripada orang sebaya yang berat badannya normal. Badan yang gemuk juga menambahkan risiko darah tinggi dan diabetes. TIDAK ADA JALAN CEPAT DAN MUDAH UNTUK MENGURANGKAN BERAT BADAN. Anda dinasihatkan jangan terlalu banyak pantang kerana ini akan mengurangkan nutrien penting yang anda perlukan. Walaupun pantang boleh mengurangkan berat badan. Ia tidak akan mewujudkan tabiat makan yang akan mengawal berat badan anda. Kalau anda ingin mengurangkan berat badan, maintlah nasaihat doktor terlebeh dahulu. Penyakit jantung (penyakit koronari) tetap menjadi pembunuh utama di Malaysia. Banyak lagi boleh dilakukan untuk menyelamatkan nyawa orang-orang tersebut. Penurunan kadar kematian disebabkan penyakit koronari dalam tahun-tahun lalu adalah nyata. Beberapa faktor boleh dikaitkan dengan kekurangan ini seperti adanya ubat yang lebih efektif dan kurangnya risiko berpunca daripada amalan hidup sihat. Mengawal faktor risiko akan dapat mengurangkan risiko penyakit jantung dan memulakan amalan hidup sihat sejak kecil lagi akan menghasilkan kesan yang maksimum.

Kelebihan Bersedekah

idak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan.Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredhaan Allah melainkan akan diangkat darjatnya’. (Riwayat Muslim) Sedekah berasal dari kata sadaqa yang bererti benar. Orang yang suka bersedekah adalah orang yang benar pengakuan imannya. Menurut terminologi syariat, pengertian sedekah sama dengan pengertian infaq iaitu mengeluarkan sebahagian dari harta untuk suatu kepentingan yang diperintahkan Islam. Namun begitu, sedekah memberi maksud yang lebih luas daripada infaq kerana infaq hanya berkaitan dengan material, manakala sedekah merangkumi material dan non-material. Walaupun kebanyakan kalimah sedekah yang disebut dalam Al-Quran membawa maksud berzakat, namun perkara yang diperhatikan adalah bahawa, jika seseorang itu telah berzakat tetapi masih mempunyai kelebihan harta, sangat dianjurkan untuk berinfaq dan bersedekah. Selain daripada sedekah wajib, umat Islam digalakkan memberi sedekah sunat sebagai tanda kesyukuran akan nikmat yang dikurniakan Allah terutamanya nikmat Islam. Perbandingan sedekah menurut Al-Quran “Bandingan pemberian orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, setiap tangkai itu mengandungi 100 biji. Dan ingatlah, Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( rahmatNya ) lagi meliputi ilmu pengetahuanNya”. ( Al-Baqarah : 261 ) Dipanjangkan umur dan mencegah ajal yang buruk Maksud sabda Rasulullah saw : “Sesungguhnya sedekah seseorang muslim itu memanjangkan umur dan mencegah dari mati dalam keadaan buruk dan Allah Taala pula menghapuskan sikap sombong dan membangga diri si penderma dengan sebab sedekahnya” ( H.R. Tabrani ) Menolak bala bencana Maksud sabda Nabi saw : “Segeralah kamu bersedekah, kerana bala bencana itu tidak dapat melangkahi sedekah” ( H.R Al-Baihaqi ) Selagi peluang masih ada Dari Abu Hurairah r.a katanya : Seorang lelaki menghadap Rasulullah saw lalu bertanya : Wahai Rasulullah! Sedekah mana satu yang lebih besar ? Nabi saw menjawab : Engkau bersedekah ketika sihat dan sangat sayangkan hartamu; ketika engkau takutkan kepapaan dan berharap hendakkan kaya-raya. Janganlah engkau bertangguh untuk bersedekah, sehingga apabila nyawa sampai ke kerongkong, barulah engkau berkata : Aku mahu bersedekah untuk si anu.. sekian untuk si anu dan sekian lagi untuk si anu ( H.R Al-Bukhari ) (http://www.sabah.org.my/mns/allPDF/TAZKIRAH%2013%20120805%20Kelebihan%20Sedekah.pdf

Kebaikan Bersenam

1. Ketahanan kardiovaskular: • Ini ialah keupayaan berterusan jantung, paru-paru dan saluran darah untuk membawa oksigen ke semua sel dalam badan. • Ia melibatkan senaman atau aktiviti yang meningkatkan kemampuan jantung dan paru-paru. Senaman ini juga melibatkan kumpulan otot-otot besar bahagian kaki, lengan dan bahu. 2. Kecergasan otot melibatkan: • Dimulakan dengan senaman berselang seli 2-3 minit, dengan 2-3 minit berehat selama 15 minit. • Aktiviti senaman perlu ditingkatkan 2-3 minit setiap minggu sehingga mencapai 30 minit. 3. Kemudahlenturan/fleksibiliti - kemampuan sendi-sendi bergerak bebas sepenuhnya tanpa ketidakselesaan. 4. Komposisi badan - Berapa banyak bahagian berat badan anda yang terdiri daripada jisim otot termasuk tulang dan jisim lemak. Kebaikan Senaman: • Meningkatkan kecergasan fizikal anda. • Merperbaiki keseimbangan, koordinasi dan gaya jalan. • Meningkatkan tenaga untuk melakukan tugasan harian. • Mempertingkatkan kepuasan kendiri dan mengurangkan kerisauan. • Mempercepatkan pemulihan dari penyakit dan tekanan mental. • Mengawal tekanan darah dan menguatkan jantung. • Mempertingkatkan kawalan glukos. • Melambatkan osteoprosis. • Berpeluang bergaul dengan orang ramai. Program Sesi Senaman • Latihan senaman aerobik mengandungi 3 peringkat: 1. Sesi Memanaskan Badan. 2. Sesi Senaman Aerobik. 3. Sesi Menyejukkan Badan. • Kekerapan - 3 hingga 5 kali seminggu. • Intensiti - mengikut kemampuan anda 1. Sesi Memanaskan Badan • Ia membantu otot otot jantung dan sendi-sendi bersedia untuk melakukan aktiviti sebenar. • Ini akan dapat melindungi dari kecederaan. • Ciri-ciri memanaskan badan termasuk :- a. Jangkamasanya lebih kurang 10 minit. b. Mulakan dengan senaman ringan seperti berjalan atau berlari anak-anak dan diakhiri dengan regangan. 2. Sesi Senaman Aerobik • Melibatkan senaman bagi kumpulan otot-otot besar contohnya berjalan. • Jangkamasa senaman adalah lebih kurang 10 hingga 30 minit mengikut kemampuan anda. Kenalpasti tahap kemampuan anda 3.Sesi Menyejukkan Badan • Ianya membantu memulihkan semula otot otot dan mengelakkan ketidakselesaan. • Ciri-ciri sesi menyejukkan badan termasuk:- a.Jangkamasa lebih kurang 5 hingga 10 minit. b.Ulang semula sesi memanaskan badan . Garis Panduan Untuk Memilih Program Latihan Senaman 1. Lakukan senaman mengikut keupayaan fizikal anda. 2. Lakukan secukupnya untuk mendapat manafaat. Selain daripada itu ia hendaklah menyeronokkan. 3. Jangan lakukan aktiviti di luar kemampuan dan berlebihan. 4. Dapatkan nasihat doktor sebelum memulakan latihan senaman.Sekiranya anda mengalami masalah kesihatan,sesuaikan senaman dengan tahap aktiviti. 5. Pelbagaikan pergerakan seberapa yang boleh. 6. Pergerakan hendaklah lancar dan bertenaga. Elakkan dari pergerakan terlalu kasar dan tersentak. 7. Jangan berhenti secara tiba tiba semasa melakukan senaman. Kekalkan gerakan secara perlahan sebelum lakukan semula senaman. 8. Tetapkan jadual harian senaman anda.

Aktiviti Riadah Dan Rekreasi

Riadah merupakan salah satu amalan gaya hidup sihat.Pada pandangan saya, riadah bermaksud ialah menyihatkan badan dan menenangkan fikiran.Aktiviti riadah ini dijadikan amalan mingguan keluarga. Aktiviti riadah membolehkan kita mengisi masa lapang yang berfaedah dan tidak berfaedah.Contohnya kurang faedah adalah menonton televisyen,bermain permainan video,pergi ke kompleks membeli-belah,berbual-bualdan sebagainya.Masa cuti yang tidak diisi dengan aktiviti yang berfaedah akan merugikan kita.Dengan beriadah bersama keluarga kita pada masa lapang dapat digunakan degan berfaedah yang tidak membuang masa sahaja. Aktiviti riadah bersama keluarga juga dapat merapatkan(更拉近) hubugan kekeluargaan.Semasa aktiviti yang dilakukan,ibu bapa boleh menggunakan masa ini untuk menasihatkan anak-anak tentang nilai murni yang baik dalam seharian.Hubugan keluarga yang rapat boleh menjadikan sebuah keluarga yang memupuk semangat perpaduan. Aktiviti riadah boleh menjadi kita dapat badan yang sihat.Kalau kita ada badan yang sihat kita boleh melakukan aktiviti harian dengan pantas.Jika badan kita sakit,kita perlu pergi ke hospital untuk merawatkan.Hal ini untuk menbazir wang kerana kita terpaksa mengeluarkan wang untuk rawatan. Posted by JenFeng at 8:28 PM