KARANGAN ♥


1. BERITA.

CYBERJAYA, 20 April- Satu majlis perasmian Bulan Teknologi Maklumat  dan Komunikasi (ICT) telah diadakan di Universiti Multimedia (MMU) pada petang semalam.Majlis itu telah dirasmikan oleh isteri bekas Perdana Menteri, Datin seri Tun Dr.Siti Hasmah Mohd Ali.

Ketika merasmikan majlis tersebut,beliau berkata golongan muda perlu mempunyai sikap gemar menctuskan pembaharuan dalam ICT bagi meluaskan kemahiran bidang tersebut  di kalangan pelajar.Pembaharuan dan kreativiti dalam bidang ICT pening untuk menjadikan seluruh rakyat negara ini celik computer.

Kemahiran itu perlu diperluaskan di peringkat golongan orang tua dan muda yang tinggal di bandar atau luar bandar.Bidang ini perlu diterokai oleh semua peringkat umur kerana kemahiran dan keupayaan dalam bidang ICT merupakan sumber utama untuk membangunkan ekonomi negara yang kini berada di tahap kompetif.



Tun Dr.Siti Hasmah yang juga Caunselor MMU berkata‘Golongan muda perlu menyesuaikan diri dengan keadaan dan perubahan untuk menjadi lebih terbuka di samping menggemari pembaharuan’’
Beliau menggesa para pelajar universiti berkenaan agar menggunakan kmudahan yang telah disediakan dengan sebaiknya untuk mendalami bidang berkenaan.Beberapa acara telah diadakan pada petang tersebut bagi memeriahkan majlis seperti persembahan multimedia oleh para pelajar university berkenaan.





2. BERITA




KUALA LUMPUR,24  Februari – Kementerian  Pendidikan telah mengumumkan keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada tengah hari semalam.

         Menteri Pendidikan Tan Sri Musa Mohammad berkata bahawa keputusan PMR pada tahun ini meningkat sebanyak  35%  berbanding  keputusan PMR tahun lepas.Daripada  500 000 orang calon yang menduduki peperiksaan  tersebut ,40% daripada  calon tersebut telah mendapat 8A, 20%  mendapat 7A, dan 10% mendapat 6A .

         Secara keseluruhan, pencapaian pelajar yang lulus dalam semua subjek ialah 80% dan bakinya ialah jumlah  pelajar  yang gagal .Beberapa subjek  yang ditawarkan menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan seperti Bahasa Malaysia  meningkat sebanyak 20% , Matematik 50% ,Sains 45%, dan Sejarah 30% .Manakala Geografi dan Bahasa Inggeris menurun sedikit iaitu 5% dan 7%.

         Sekolah Menengah Dato Jaafar Kuala Lumpur telah mencatatkan keputusan 100% mendapa 8A bagi Wilayah  Perseketuan Kuala Lumpur di samping lima buah agi sekolah di Semenanjung Malaysia dan dua di Sabah dan Sarawak. Pelajar yang mendapat keputusan cemerlang akan ditawarkan menyambung pelajaran ke sekolah berasmara penuh dan maktab Sains yang ada di negara ini.

         Seorang Palajar yang mendapat keputusan 8A Siti Nuraina memberitahu bahawa kejayaan beliau ialah hasil daripda usaha yang bersungguh-sungguh tanpa mengenal erti lelah.siti merakamkan penghargaan kepada ibu bapa ,guru-guru,dan rkan-rakan yang telah banyak member dorongon dan sokongan sehingga beliau berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut.

3.BERITA


GOMBAK, Sabtu - Menteri Pelajaran menasihati para pelajar agar menggunakan sepenuhnya kemudahan di perpustakaan untuk menimba ilmu pengetahuan.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan perpustakaan Sekolah Menengah Seri Gombak, dekat sini, pagi semalam. Beliau berkata, budaya membaca masih kurang dalam kalangan penduduk negara ini. Berbanding dengan negara Jepun, kita jauh ketinggalan. Di negara Jepun, penduduknya mempunyai budaya membaca yang tinggi. Mereka pembaca yang aktif dan sentiasa membaca apabila ada masa terlnang tanpa mengira tempat. Mereka membaca di stesen bas, dalam perjalanan ke tempat kerja, dan perkara-perkara lain yang seumpamanya.

Sehubungan itu, beliau mahu para pelajar mengubah sikap. Usaha memupuk minat membaca hendaklah bermula di rumah dan dikembangkan di sekolah. Untuk tujuan itu, kerajaan banyak mem-belanjakan wang untuk bangunan perpustakaan dan pembelian buku-buku.

Pengetua sekolah, Encik Ramli Junid, memberitahu pemberita bahawa pembinaan bangunan baru perpustakaan itu bertujuan menampung jumlah pelajar yang kia n meningkat. Dalam blok bangunan itu juga disediakan makmal bahasa yang lengkap dengan pelbagai kemudahan termasuk komputer.

Beliau seterusnya menyeru para pelajar agar menggunakan kemudahan yang disediakan itu sebaik yang mungkin. "Kemudahan yang bernilai berpuluh-puluh ribu ringgit ini tidak bermakna jika tidak digunakan," tegas beliau.

"Tidak lama lagi pihak sekolah akan mengadakan perkhidmatan Internet di sekolah ini. Dengan perkhidmatan ini, diharapkan para pelajar akan dapat meneroka dunia siber yang penuh dengan maklumat terkini dan canggih," katanya



                                                                          
4 .BERITA



JELAPANG, Isnin - Suatu pameran dan ceramah antidadah telah dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Kampung Beringin, Jinjang Utara. Pameran itu diadakan bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-50 di kampung tersebut.

Pameran yang julung-julung kali diadakan itu adalah hasil kerjasama antara penduduk dengan pihak polis dan Agensi Dadah antarabangsa. Pameran tersebut dirasmikan oleh Yang Berhormat Ahli Tsrlimen Kawasan Batu, Datuk Abdul Rahman Taib .

Ketika diwawancara, Encik Abdul Razak, pengerusi Persatuan penduduk Kampung Beringin, berkata matlamat utama pameran dan ceramah ini adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang bahaya. Beberapa jenis dadah dan kesan-kesan penyalahgunaannya turut menarik perhatian orang ramai dalam pameran tersebut.

Selain pameran dan ceramah oleh Agensi Dadah Kebangsaan, satu rertunjukan cara-cara mengesan dadah oleh anjing-anjing pengesan :urut diadakan. Cara pengesanan ini membuktikan kecekapan pihak polis dalam soal mengesan dadah.

Kebanyakan penduduk Kampung Beringin yang ditemui mengatakan bahawa pameran itu memang idea yang baik untuk menyambut ulang :ahun ke-50 kampung tersebut. Hal ini demikian kerana masalah penahan dan pengedaran dadah merupakan masalah sosial yang serius di negara ini.

"Program seperti ini sangat menarik dan dapat mendidik orang ramai, terutamanya golongan belia tentang bahaya dadah," kata luan Haji Mohd. Noh, seorang imam di kampung berkenaan.

Pameran tersebut telah berlangsung selama dua hari dan diadakan di Dewan Orang Ramai Kampung Beringin.

5. FAKTA



Bumi kini dipenuhi barangan buangan. Untuk mengurangkan barangan tersebut, kita hendaklah mengamalkan kitar semula Sesungguhnya, mengitar semula barangan buangan banyak kelebihannya.
Pengitaran semula bahan buangan dapat memelihara alam daripade tercemar. Besi dan plastik akan mengambil masa puluhan tahun untuk mereput. Sebagai akibatnya, pencemaran alam kian serius. Oleh itu kita perlu mengitar semula kertas sisa dan tin-tin aluminium untuk membuat barang lain. Dengan itu, kuantiti sampah yang dibuang dapat dikurangkan dan masalah pencemaran alam sedikit banyak dapat diatasi.
Selain itu, pengitaran semula barangan buangan juga memeliharE sumber alam yang terhad. Kawasan hutan kian berkurang akibai penebangan pokok bagi memenuhi permintaan yang kian bertambar terhadap pulpa untuk membuat kertas. Begitu juga, sumber minera seperti bijih besi dan bijih timah semakin berkurang akiba; perlombongan yang berterusan. Akan tetapi, dengan mengitar semuk kertas sisa, penebangan hutan dapat dikurangkan. Kegiatan mengitai semula tin-tin aluminuim dan besi buruk pula akan mengurangkar aktiviti melombong mineral tersebut. Tegasnya, sumber alam yang terhad dapat dipelihara.
Pengitaran semula barangan buangan juga dapat menjimatkan kos Sebagai contohnya, perlombongan bijih besi melibatkan kos yang pelbagai seperti kos pekerja, kos membina terowong bawah tanah, ko: mengangkut bahan, dan kos memproses. Kebanyakan kos ini dapa dijimatkan jika besi buruk dikitar semula. Begitu juga, kos menebang pokok di hutan bagi tujuan menghasilkan kertas juga tinggi. Kite dapat menjimatkan kos ini dengan mengitar semula kertas sisa, kertas kertas lama, kadbod lama, dan sebagainya.
Kegiatan mengitar semula barangan buangan dapat mewujudkar peluang pekerjaan yang lebih banyak. Peniaga yang menjalankar perniagaan kitar semula mengupah pekerja-pekerja untul mengumpulkan barangan buangan yang dapat dikitar semula. Kilang kilang untuk mengitar semula barangan buangan didirikan. Dengar itu, semakin banyak peluang pekerjaan dapat diwujudkan.
Sebagai kesimpulannya, kita harus sama-sama menyahut seruai kerajaan untuk mengitar semula barangan buangan. Dengan itu, kit; dapat memelihara Bumi demi kebaikan kita dan juga generasi akan datang.


6.FAKTA

Media massa alat komunikasi yang penting. Dalam dunia yang serba maju ini, media massa memainkan peranan yang sangat penting. Media massa berperanan dalam menyampaikan maklumat. Kita memerlukan maklumat yang tepat dan cepat untuk pelbagai tujuan. Nelayan, misalnya, amat bergantung pada maklumat tentang cuaca. Para pelabur memerlukan maklumat tentang pasaran saham dan kewangan. Ahli politik pula memerlukan maklumat tentang perkara yang berhubung kait dengan politik, sama ada politik tanah air mahupun politik luar negara.
Media massa memberikan pelbagai maklumat kepada kita. Semua maklumat itu berfaedah kepada kita. Pada pihak kerajaan, media massa menjadi alat yang menghubungkan rakyat dengan kerajaan. Dengan maklumat yang disalurkart melalui media itu, rakyat mengetahui dasar dan langkah-langkah yang dijalankan oleh kerajaan untuk kesejah-teraan rakyat. Maklumat yang tepat berupaya mengelakkan rakyat daripada diserang kegelisahan dan sekali gus memupuk semangat perpaduan dan cinta akan negara.
Di samping itu, media massa juga memberi kita hiburan dan pengetahuan. Dengan membaca akhbar atau majalah, kita mendapat pengetahuan melalui rencana yang disiarkan. Pengetahuan tersebut boleh jadi dalam bidang sains, alam sekitar, geografi, komputer, dan sebagainya. Dengan hal yang demikian, minda pembaca atau penerima maklumat akan sentiasa berkembang. Dengan kata lain, pembaca atau penerima maklumat tidaklah menjadi seperti katak di bawah tem-purung. Hal ini akan membanrunya membentuk sikapnya, menjadikannya lebih terbuka, sedia menerima pandangan orang lain, dan proaktif terhadap sesuatu perkara. Akhir sekali, hal ini akan membanrunya membuat keputusan yang penting dalam kehidupannya.
            Kesimpulannya, kita tidak dapat menafikan kebaikan media massa. Akan tetapi, media massa juga membawa unsur negatif. Hal ini berlaku kerana bukan semua maklumat itu benar dan tepat. Terdapat juga maklumat yang palsu, berunsur firnah yang boleh menggugat, malahan meruntuhkan kerajaan. Dalam hal ini, kita haruslah bijak menyaring maklumat.

7.PENDAPAT

Hutan semula jadi masih meliputi hampir 40% daripada kawasan bumi. Akan tetapi, kawasan hutan itu semakin hari semakin kurang akibat daripada kegiatan manusia. Kesusutan kawasan hutan itu akan menjejaskan kehidupan manusia kerana hutan amat penting kepada manusia.
            Hutan merupakan kawasan tadahan hujan. Sebagai kawasan tadahan, hutan berfungsi melindungi tanah daripada hakisan yang teruk. Malah kawasan tadahan dapat mengelakkan berlakunya tanah runtuh, pencemaran sungai, dan banjir kilat.
           Selain itu, hutan merupakan habitat semula jadi bagi hidupan liar yang pelbagai jenis. Tanpa hutan, hidupan liar akan terancam dan akhirnya akan pnpus. Oleh hal yang demikian, hutan mesti dipelihara agar habitat hidupan liar itu terus kekal.
          Selain hidupan liar, hutan juga menjadi habitat kepada beribu-ribu spesies tumbuh-tumbuhan. Di samping membekalkan kayu, sumber ini juga mengimbangi kandungan udara. Sebahagian besar tumbuh-tumbuhan pula boleh digunakan sebagai ubat-ubatan.  Banyak spesies tersebut sentiasa dikaji selidik manfaatnya dalam bidang perubatan moden.
        Hutan juga menawarkan pelbagai hasil hutan yang boleh dimanfaatkan oleh manusia. Hasil hutan yang boleh didapati adalah seperri damar, rotan, buluh, dan rninyak keruing. Kesimpulannya, hutan memberikan sumbangan yang tidak ternilai kepada manusia. Hutan memastikan manusia hidup sempurna dengan udara dan ekologi yang bersih dan selamat. Malah, hutan menawarkan pelbagai hasil tumbuh- tumbuhan untuk dinikmati oleh manusia. Oleh sebab itu, hutan merupakan suatu warisan yang mesti dipelihara untuk generasi yang akan datang.
 
8.LAPORAN
 
Pada hari Sabtu,24 Mei 2008 yang lalu , Pasukan Pengangkap Sekolah Kebagsaan Kota Raja telah mengadakan suatu perkhemahan di Bukit Saga. Tujuan perkhemahan itu adalah untuk melatih ahli supaya berjiwa lasak,berani,dan cekal . Aktiviti perkhemahan ini merupakan yang pertama untuk tahun ini .
                  Seramai 40 orang ahli berserta empat orang guru pemimpin Pasukan Pengakap mengikuti perkhemahan tersebut. Rombongan perkhemahan bertolak pada jam 8.30 pagi dan tiba dua jam kemudian. Kami pergi ke tempat tersebut dengan menaiki bas yang disewa khas .
                   Setibanya di tapak perkhemahan , kami dibahagikan kepada empat kumpulan.Kumpulan tersebut ialah Serigala,Rusa,Singa ,dan Kijang.Setiap ahli kumpulan diarahkan membersihkan tapak perkhemahan dan mendirikan khemah.
                    Pada sebelah petang,kami mengadakan ekspedisi meneroka Bukit Saga. Di situ kami dapat menikmati keindahan flora dan fauna.Guru pemimpin kami,Cikgu Ajid melarang kami mencabut pokok atau merosakkan alam semula jadi untuk mengekalkan keindahnnya.
                     Pada sebelah malam,selepas makan malam ,kami diminta mengadakan persembahan.Kumpulan Kijang telah berjaya mendapat tempat pertama dengan persembahan Puteri Bunian.Kami diarahkan tidur pada jam 11.30 malam.
                      Pada keesokan harinya,selepas latihan kawad dan mengemas,kira-kira jam 11.15 pagi kami berangkat pulang. Walaupun perkhemahan itu hanya sehari,peserta berasa seronok dengan perkhemahan kali ini.Kami berharap agar perkhemahan seperti ini dijalankan lebih kerap lagi.


Laporan disediakan oleh,                                                                                                                3 JUN 2008
Ahmad Izzuddin
(AHMAD IZZUDDIN ZAIDIN)
Ketua Pasukan Pengakap,
Sekolah Kebangsaan Kota Raja.


9.CERITA

Oleh sebab ayah mahu cepat sampai ke pejabatnya,ayat telah menghantar saya awal ke sekolah. Ketika saya tiba,jam baru menunjukkan pukul 6.48 pagi.Persekitaran sekolah begitu gelap.
                Saya duduk seorang diri di kantin yang diterangi cahaya lampu elektrik. Suasan begitu sepi. Dalam kesepian itu,tiba-tiba saya terdengar suatu barang jatuh di makmal  computer.
                 Seperti ada suatu kuasa yang mendorong saya bangun dan bergerak ke arah makmal komputer yang terletak 100 meter dari tempat saya duduk. Saya terlihat seakan-akan bayang manusia bergerak-gerak.Tidak sah lagi,itu bukan bayang-bayang,tetapi manusia!
                  Saya terlanggar pasu bunga menyebabkan saya menjerit kesakitan. Jeritan itu menyebabkan tiga lembaga yang sedang mengangkat computer menuju ke arah saya.Saya berlari pantas ke pintu pagar seperti lipas kudung.
                   Sambil berlari,saya menjerit meminta tolong.Jeritan saya didengar oleh pengawal keselamatan di pondok pengawal. Saya menunjukkan ke arah  lelaki yang mengejar saya.
                    Melihatkan saya ditemani pengawal keselamatan,pencuri itu segera melarikan diri.Mereka memanjat pintu pagar.Saya bersyukur kerana mereka tidak sempat mengapa-apakan diri saya.

10.PENDAPAT

     Jiran merupakan orang yang tinggal berdekatan dengan kita.Selain ibu bapa, keluarga dan saudara mara, jiranlah orang yang paling hamper dengan kita. Oleh sebab itu, semangat kejiranan perlu dipupuk di kalangan anggota masyarakat agar hubungan mereka dapat dipereratkan.
       Malangnya, dibandar semangat kejiranan semakin berkurangan.Penduduk Bandar pada umumnya bersikap mementing diri sendiri.Lazimnya masyarakat di Bandar tidak mahu mengambil tahu akan hal-hal yang berlaku di sekeliling mereka. Sikap mereka adalah seperti enau dalam belukar , melepaskan pucuk masing-masing.
      Sebenarnya dengan mengamalkan semangat kejiranan, banyak manfaat yang dapat diperolehi. Apabila timbul kecemasan, jiran jiran akan dapat menghulurkan bantuan sedikit sebanyak.Apabila timbul sesuatu masalah ,jiran-jiran dapat dijadikan tempat mengadu.Malah, apabila seseorang itu hendak bercuti dan meninggalkan rumah, dia tidak perlu risau kerana ada jiran yang dapat diharapkan untuk mengawasi rumahnya.
      Berdasarkan manfaat-manfaat tersebut ,maka sudah wajarlah semangat kejiranan ini diterapkan dan diamalkan oleh penduduk-penduduk Bandar.Keadaan di Bandar yang penuh dengan pancaroba dengan seribu satu maca, masalah itu dapat dihadapi jika semangat kejiranan ini diamalkan. Malah, kehidupan di Bandar akan menjadi lebih selesa pula .

11. CERITA

Pada hari minggu yang lalu saya berpeluang menyaksikan suatu majlis perkhawinan kaum india. Majlis itu ialah majlis perkhawinan kakak kawan saya, Nathan.
  Saya dan para tetamu yang lain direnjis air wangi dan diberi bunga serta abu cendana.Kemudian kami dibawa ke tempat yang berbentuk empat segi di hadapan pelamin.
  Ketika itu, seorang sami Brahman sudah bersedia untuk melangsungkan perkhawinan tersebut. Kedua-dua pengatin duduk di tempat yang dikhaskan. Di kiri dan kanan mereka kelihatan para pemain gendang,serunai ,table dan alat muzik tradisional kaum india. Mereka  memainkan alt muzik tersebut sepanjang majlis tersebut.
  Uupacara perkhawinan itu dimulai oleh sami Brahman itu. Sami itu memasang api dan mengemukakan permintaan tuhan supaya merestui majlis tersebut. Selepas itu para undangan diminta menabur beras kunyit kepada pasangan pengantin.
  Apabila upacara itu tamat para udangan dijamu lauk sayur sayuran. Lauk pauk seperti ikan dan daging serta minuman keras tidak dihidangkan dalam majlis itu.Saya berasa gembira dan bertuah kerana dapat menyaksikan majlis tersebut.

12.FAKTA

          Amalan berjimat cermat merupakan sikap yang mulia dan seharusnya dipraktikkan sepenuhnya oleh masyarakat Malaysia apatah lagi dengan keadaan harga barangan yang semakin meningkat kesan daripada kenaikan harga bahan bakar di pasaran dunia. Sikap boros ketika berbelanja haruslah ditangani agar tidak menyusahkan diri dan keluarga. Oleh itu, langkah-langkah yang sewajarnya perlu diambil untuk menanamkan sikap berjimat cermat dalam kalangan masyarakat.

          Antara langkah efektif yang telah diambil oleh kerajaan untuk mengalakkan rakyat Malaysia mengamalkan sikap mulia ini adalah dengan menanmkan sikap rajin menabung. Kerajaan telah mengambil inisiatif bagi memupuk semangat menabung dalam kalangan pengguna. Pengenalan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ialah contoh kesungguhan kerajaan untuk menyedarkan masyarakat akan pentingnya perancangan masa depan kerana kita perlu
 menyediakan payung sebelum hujan
.

          Ibu bapa juga seharusnya memupuk sikap suka menabung kepada anak-anak sejak dari kecil lagi. Anak-anak harus dididik mempunyai tabungan sendiri di rumah iaitu menabung wang lebihan perbelanjaan sekolah mereka dan menggunakan simpanan mereka apabila ingin membeli barangan keperluan sendiri. Ibu bapa juga boleh membuka akaun simpanan anak-anak di bank-bank tempatan seperti Bank Simpanan Nasional , bank Rakyat dan sebagainya kerana
 melentur buluh biarlah dari rebungnya
. Institusi perbankan hendaklah dimanfaatkan sebagai tempat menyimpan wang yang selamat dan hasil daripada tabungan ini dapat digunakan untuk keperluan masa depan yang lebih gemilang.

           Masyarakat juga hendaklah prihatin akan peranan skim-skim saham amanah. Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna telah menjayakan Minggu Saham Amanah bagi memupuk kesedaran melabur dalam kalangan pengguna. Oleh itu, masyarakat hendaklah sedar akan peluang yang terbuka luas untuk melabur dan seterusnya mendapat dividen yang diagihkan pada setiap tahun. Hal ini pasti akan mendatangkan kebahagiaan kepada masyarakat kerana masyarakat yang bahagia mempunyai masa depan yang terjamin.

           Sebelum membeli barangan, perancangan yang teliti hendaklah dilakukan terlebih dahulu. Barang-barang yang mahu dibeli perlu disenaraikan. Perbelanjaan berhemat ini wajar dipraktikkan bagi mengelakkan sebarang pembaziran dan masyarakat hendaklah membeli barangan mengikut keperluan, bukan mengikut nafsu. Ketika berbelanja, penggunaan kad kredit juga patut dielakkan kerana akan menambah beban tanggungan hutang dan lama kelamaan pengguna akan mengalami masalah kewangan. Justeru, mayarakat wajar berpegang pada peribahasa
berjimat sebelum terlambat, beringat sebelum terkena.


            Kesimpulannya, amalan berjimat cermat sudah pasti akan melahirkan masyarakat yang bijak dan progresif kerana mempunyai sumber kewangan yang mencukupi dan sudah tentu untuk jaminan masa hadapan yang lebih cerah, seperti kata tokoh Mahatma Gandhi,
 berfikirlah untuk hari esok, namun bertindaklah hari ini. Oleh yang demikian, pelbagai pihak wajar memainkan peranan agar amalan berjimat cermat menjadi budaya masyarakat kita setiap masa tanpa mengira peringkat umur