Tuesday 27 September 2011

Buaya Di Port Dickson, Penafian MB N9 Kurang Meyakinkan

buaya tanjung tuanJika benar dakwaan ada buaya di pantai Port Dickson, reptilia itu telah tersesat dan tidak mungkin boleh hidup lama disebabkan sukar mencari makanan berbanding habitat asalnya, Kosmo dipetik.
Pensyarah Institut Oceanografic Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Profesor Madya Sulung Ibrahim berkata, kehadiran buaya di kawasan pantai bukan sesuatu yang mustahil kerana ia boleh hanyut dan dibawa arus pada waktu banjir.
“Walaupun secara rasionalnya buaya dari muara Sungai Linggi tidak mungkin hanyut ke Port Dickson kerana jauh, tidak mustahil jika ia datang dari sungai-sungai kecil berhampiran,” jelasnya ketika dihubungi di sini semalam.
Kosmo! Ahad semalam melaporkan insiden membabitkan seorang posmen, Mohamad Helme Leman, 25, dari Kampung Air Limau, Masjid Tanah, Melaka yang menerima 50 jahitan selepas mendakwa dia diserang haiwan dipercayai seekor buaya ketika mandi di pantai itu pada 2 Januari lalu.
Dalam perkembangan berkaitan, Bernama melaporkan hari ini luka di kaki seorang pengunjung ke pantai Port Dickson bukan akibat serangan buaya atau ikan, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Beliau yang menerima laporan dari pakar-pakar perubatan menyatakan, kesan luka tersebut mungkin disebabkan oleh punca lain tetapi bukan dari haiwan ganas.
gigit-pantai-port-dickson
gigit-pantai-port-dickson2
image002
“Ini bukan saya kata tapi menurut pakar yang meneliti kes itu, kita tidak pasti apa yang menyebabkan luka itu tapi macam-macam kemungkinan, mungkin terumbu karang,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat exco kerajaan negeri di sini hari ini.
Katanya, belum pernah berlaku dalam sejarah Port Dickson, pengunjung diserang oleh binatang liar seperti buaya atau ikan yu.
Banyak pihak berpendapat kenyataan MB Negri Sembilan adalah usaha kerajaan negeri untuk memulihkan keyakinan pelancong ke pantai Port Dickson yang terjejas akibat tersebarnya berita mengenai kehadiran buaya berkenaan.
Sekalipun jaminan diberikan oleh kerajaan Negeri Sembilan terhadap keselamatan pelancong, namun laporan pakar tidak jelas dan oleh itu masyarakat masih ragu-ragu kerana rakaman kehadiran buaya itu bukan sekadar rekaan tetapi adalah berserta dengan imej yang tidak dapat disangkal.
Greenboc
Kelibat Buaya Di Tanjung Tuan
buaya tanjung tuan
securedownload2
securedownload3
PORT DICKSON: “Saya tidak menyangka ketika cuba meneropong pelbagai raptor di kawasan ini tiba-tiba objek yang saya lihat dalam teropong itu adalah seekor buaya,” kata Ahli Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), Khoo Swee Seng, semalam.
Kejadian itu berlaku kira-kira jam 10.30 pagi kelmarin ketika dia dan isteri bersama dua sukarelawan datang ke Tanjung Tuan dekat sini, untuk memenuhi hobinya meneropong pelbagai jenis raptor di kawasan itu dan terkejut apabila ternampak kehadiran seekor buaya sepanjang kira-kira 2.5 meter.
“Setiap tahun saya datang ke Tanjung Tuan sempena Minggu Melihat Raptor untuk menyaksikan penghijrahan pelbagai jenis raptor seperti helang yang menyeberang dari Pulau Rupat, Sumatera ke sini, tetapi kali ini, saya tidak menyangka seekor buaya berada di kawasan ini.
“Buaya yang dipercayai buaya air masin atau nama saintifiknya, estuarine crocodylus prosus, muncul kira-kira 20 meter dari pantai selama kira-kira 30 minit dan kelihatan bergerak melawan arus ke arah selatan,” katanya di sini, semalam.
IKLAN: Jom sertai Stormreaders Network! MLM 100% Berteraskan Syariah.
Stormreaders Network merupakan sebuah perniagaan MLM yang 100% menurut syariah dengan produk utama, buku-buku ilmiah dan himpunan doa & zikir oleh ikon-ikon Telaga Biru Sdn Bhd. termasuk Dato Dr Fadzilah Kamsah, Dato Ustazah Nor Bahyah, Irfan Khairi, Ustaz Zahzan, Ustaz Zaharuddin, Dato Ismail Kamus dan ramai lagi.
Untuk maklumat lanjut, layari http://www.stormreaders.org

2 comments:

  1. Blog ni sekadar bercerita tetapi tiada fakta atau bukti yang kukuh...belum ada di dunia ini buaya yang habitat nya menetap di laut...yang ada hanya buaya air masin serta buaya air tawar...habitat air masin dan air laut sangat berbeza ye blogger...buaya habitat nya tempat yg berlumpur tebal baik di sungai air masin mahu pun di air tawar...di pantai dan laut berlumpur ke blogger...jikalau berlumpur ianya pasti bukan nama nya pantai..dalam keadaan berlumpur pasti tiada manusia yg mahu mandi di situ...sepekara lagi jika ada yg melihat buaya di laut ianya satu fakta yg betul...!namun bukan di pinggir pantai...itu satu fakta yang mengarut...dari satu tempat yang di panggil muka kuala ia akan merentasi laut untuk ke muka kuala yg terdekat...cth:dari kuala linggi ia akan merentasi hingga ke kuala lukut..untuk apa allahhualam...ia juga seperti manusia - perhubungan...dan yang paling penting sekali kami penduduk di port dickson dari kuala lukut sehingga ke kuala linggi ingin menegas kan belum pernah ada lagi nelayan yg memasang jaring menaiki sampan mahupun yg meredah air di sepanjang pantai mahupun di muka kuala di ganggu oleh buaya...toksah kata nak di gigit nya,nak timbul pun kekadang buaya ni malu...tapi jangan lah mulut anda cabul menyeru nama nya atau bercakap besar...nanti orang berlari di atas tanah awak berlari atas air pula...fikir dan selidik dahulu fakta yg ingin blogger usul kan..

    ReplyDelete
  2. Blog ni sekadar bercerita tetapi tiada fakta atau bukti yang kukuh...belum ada di dunia ini buaya yang habitat nya menetap di laut...yang ada hanya buaya air masin serta buaya air tawar...habitat air masin dan air laut sangat berbeza ye blogger...buaya habitat nya tempat yg berlumpur tebal baik di sungai air masin mahu pun di air tawar...di pantai dan laut berlumpur ke blogger...jikalau berlumpur ianya pasti bukan nama nya pantai..dalam keadaan berlumpur pasti tiada manusia yg mahu mandi di situ...sepekara lagi jika ada yg melihat buaya di laut ianya satu fakta yg betul...!namun bukan di pinggir pantai...itu satu fakta yang mengarut...dari satu tempat yang di panggil muka kuala ia akan merentasi laut untuk ke muka kuala yg terdekat...cth:dari kuala linggi ia akan merentasi hingga ke kuala lukut..untuk apa allahhualam...ia juga seperti manusia - perhubungan...dan yang paling penting sekali kami penduduk di port dickson dari kuala lukut sehingga ke kuala linggi ingin menegas kan belum pernah ada lagi nelayan yg memasang jaring menaiki sampan mahupun yg meredah air di sepanjang pantai mahupun di muka kuala di ganggu oleh buaya...toksah kata nak di gigit nya,nak timbul pun kekadang buaya ni malu...tapi jangan lah mulut anda cabul menyeru nama nya atau bercakap besar...nanti orang berlari di atas tanah awak berlari atas air pula...fikir dan selidik dahulu fakta yg ingin blogger usul kan..

    ReplyDelete