Monday 10 October 2011
Kebaikan Berdoa
Hadith :
Dikhabarkan dari Aisyah r.a mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w apabila melihat hujan, baginda berkata:”Semoga hujan yang bermanfaat.”(al-Bukhari)
Huraian:
Setiap perkataan yang keluar daripada mulut anak Adam adalah datang daripada niat dalam hatinya.
Orang yang suka mengeluarkan kata-kata yang baik mencerminkan keikhlasan hatinya dan kebaikan hati budinya.
Manakala orang yang suka bercakap perkara-perkara yang buruk kebiasaannya berperangai tidak elok.
Itulah persepsi biasa dalam masyarakat. Begitulah keadaannya bilamana kita inginkan sesuatu kebaikan janganlah kita berkata perkara-perkara yang berbentuk negatif kerana ia seumpama doa yang dipohon secara tidak langsung kerana sesungguhnya Allah S.W.T Maha Mendengar segala percakapan hamba-Nya.
Justeru apa yang baik itu datangnya daripada Allah dan segala yang buruk itu datangnya daripada kesilapan kita sendiri.Wallahulam.
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment