Monday 10 October 2011

Kebaikan Bersenam

1. Ketahanan kardiovaskular: • Ini ialah keupayaan berterusan jantung, paru-paru dan saluran darah untuk membawa oksigen ke semua sel dalam badan. • Ia melibatkan senaman atau aktiviti yang meningkatkan kemampuan jantung dan paru-paru. Senaman ini juga melibatkan kumpulan otot-otot besar bahagian kaki, lengan dan bahu. 2. Kecergasan otot melibatkan: • Dimulakan dengan senaman berselang seli 2-3 minit, dengan 2-3 minit berehat selama 15 minit. • Aktiviti senaman perlu ditingkatkan 2-3 minit setiap minggu sehingga mencapai 30 minit. 3. Kemudahlenturan/fleksibiliti - kemampuan sendi-sendi bergerak bebas sepenuhnya tanpa ketidakselesaan. 4. Komposisi badan - Berapa banyak bahagian berat badan anda yang terdiri daripada jisim otot termasuk tulang dan jisim lemak. Kebaikan Senaman: • Meningkatkan kecergasan fizikal anda. • Merperbaiki keseimbangan, koordinasi dan gaya jalan. • Meningkatkan tenaga untuk melakukan tugasan harian. • Mempertingkatkan kepuasan kendiri dan mengurangkan kerisauan. • Mempercepatkan pemulihan dari penyakit dan tekanan mental. • Mengawal tekanan darah dan menguatkan jantung. • Mempertingkatkan kawalan glukos. • Melambatkan osteoprosis. • Berpeluang bergaul dengan orang ramai. Program Sesi Senaman • Latihan senaman aerobik mengandungi 3 peringkat: 1. Sesi Memanaskan Badan. 2. Sesi Senaman Aerobik. 3. Sesi Menyejukkan Badan. • Kekerapan - 3 hingga 5 kali seminggu. • Intensiti - mengikut kemampuan anda 1. Sesi Memanaskan Badan • Ia membantu otot otot jantung dan sendi-sendi bersedia untuk melakukan aktiviti sebenar. • Ini akan dapat melindungi dari kecederaan. • Ciri-ciri memanaskan badan termasuk :- a. Jangkamasanya lebih kurang 10 minit. b. Mulakan dengan senaman ringan seperti berjalan atau berlari anak-anak dan diakhiri dengan regangan. 2. Sesi Senaman Aerobik • Melibatkan senaman bagi kumpulan otot-otot besar contohnya berjalan. • Jangkamasa senaman adalah lebih kurang 10 hingga 30 minit mengikut kemampuan anda. Kenalpasti tahap kemampuan anda 3.Sesi Menyejukkan Badan • Ianya membantu memulihkan semula otot otot dan mengelakkan ketidakselesaan. • Ciri-ciri sesi menyejukkan badan termasuk:- a.Jangkamasa lebih kurang 5 hingga 10 minit. b.Ulang semula sesi memanaskan badan . Garis Panduan Untuk Memilih Program Latihan Senaman 1. Lakukan senaman mengikut keupayaan fizikal anda. 2. Lakukan secukupnya untuk mendapat manafaat. Selain daripada itu ia hendaklah menyeronokkan. 3. Jangan lakukan aktiviti di luar kemampuan dan berlebihan. 4. Dapatkan nasihat doktor sebelum memulakan latihan senaman.Sekiranya anda mengalami masalah kesihatan,sesuaikan senaman dengan tahap aktiviti. 5. Pelbagaikan pergerakan seberapa yang boleh. 6. Pergerakan hendaklah lancar dan bertenaga. Elakkan dari pergerakan terlalu kasar dan tersentak. 7. Jangan berhenti secara tiba tiba semasa melakukan senaman. Kekalkan gerakan secara perlahan sebelum lakukan semula senaman. 8. Tetapkan jadual harian senaman anda.

No comments:

Post a Comment